Artikel

Kementerian Kesihatan Mengesan – 20 Kluster Baharu Membabitkan Tempat Kerja

Pengamatan kluster baharu setakat 8 September ini, memperlihatkan 20 kluster daripada 35 kluster adalah membabitkan kluster tempat kerja. 20 kluster tempat kerja tersebut memaparkan jumlah kes baharu sekitar 443 kes COVID-19.

Dapatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, secara jelas menunjukkan penularan dalam persekitaran tempat kerja masih lagi tinggi. Meskipun tiada perincian berhubung kategori kes baharu mengikut kluster tersebut namun ini memberi petunjuk setiap majikan memerlukan tindakan SOP yang lebih ketat.

Sementara kluster komuniti pula mencatatkan 11 kluster dan 2 kluster lagi melibatkan kumpulan berisiko serta bahagian pendidikan.

Malaysia setakat ini – bagi rekod kluster keseluruhan, hanya 1,459 kluster sahaja masih lagi aktif sementara 3,536 kluster lagi telahpun diisytiharkan tamat.

Orang awam diminta kekal mematuhi garis SOP dengan amalan pemakaian pelitup muka, membersihkan diri, menghindari tempat sesak, dan jaga jarak fizikal.

Meskipun telah melengkapkan vaksinasi – aturan SOP harus dilaksanakan seperti biasa, tindakan ini untuk melandaikan kembali keluk penularan COVID-19 negara.