Setelah Melaka, kini Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beralih ke Fasa 2 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim pada hari ini (8 September).
Peralihan tersebut akan mula berkuat kuasa mula 10 September kelak, iaitu pada hari Jumaat ini.
Tidak hanya Kuala Lumpur, Labuan pula akan membuka kembali aktivi pelancongan mereka pada 16 September ini – di bawah pelaksanaan gelembung pelancongan, seiring dengan pembukaan Pulau Langkawi kelak.
Setakat ini, senarai perincian peralihan negeri mengikut Fasa di bawah PPN adalah seperti berikut;
Fasa 4 PPN
- Labuan
Fasa 3 PPN
- Perlis
- Sarawak
- Negeri Sembilan
Fasa 2 PPN
- Perak
- Pahang
- Kelantan
- Terengganu
- Pulau Pinang
- Sabah
- Melaka
- Kuala Lumpur
- Putrajaya
Fasa 1 PPN
- Selangor
- Johor
- Kedah
Berdasarkan perkongsian ini, peralihan KL dan Putrajaya menurut Shahidan Kassim akan bergantung kepada keputusan akhir Majlis Keselamatan Negara (MKN) kelak.
Sebarang perincian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.