Artikel

Arab Saudi Kini Sedia Menyambut Kedatangan 70,000 Jemaah Umrah Sehari

Arab Saudi kini menyatakan ketersediaan pihaknya menerima kunjungan 70,000 jemaah umrah sehari.

Perkara ini telah dinyatakan oleh Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi melalui ciapan rasmi Twitter yang memaklumkan Penolong Ketua Pengarah Hal Ehwal Masjidil Haram Dr Saad Muhammad Al-Muhaimidi, pihaknya kini bersedia menerima kedatangan lebih ramai jemaah daripada dalam dan luar Arab Saudi.

Selain itu, menghampiri persiapan itu pihak Arab Saudi turut menyediakan perkhidmatan terbaik bagi memastikan urusan jemaah tidak terpalit sebarang risiko kesihatan.

Seperti yang umum ketahui, pengagihan vaksinasi yang semakin tinggi telah meningkatkan tahap kelompok komuniti dunia – ini mendorong kepada pembukaan akses kemasukan pelancongannya kepada 49 buah negara, termasuklah untuk Malaysia pada awal Ogos lalu.

Melalui peningkatan kapasiti ini – penyertaan jemaah hanya tertakluk kepada individu yang telah melengkapkan vaksinasi mereka, dan kapasiti tersebut juga bergantung kepada setiap negara. Oleh itu setiap jemaah perlu merujuk kepada pengurusan berkaitan di negara masing-masing – bagi maklumat lanjut.