Artikel

Pemulihan Pekerjaan, Paras Pendapatan Antara Tumpuan Bajet 2022 – Tengku Zafrul

Dalam usaha memulihkan ekonomi Malaysia, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian negara dalam mengukuhkan kembali perlindungan sosial – antaranya penawaran peluang pekerjaan dan paras pendapatan.

Menurut Tengku Zafrul, Menteri Kewangan (MOF) negara pada sesi dialog bersama Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) dan perusahaan sosial semalam, adanya usaha meningkatkan 2 agenda tersebut – ia berupaya mengurangkan jurang kelas sosial yang kelihatan ketika ini.

Selain itu panel perbincangan turut mengusulkan pembaharuan struktur melalui sokongan cukai dan penawaran insentif yang lebih baik kepada perusahaan sosial dilaksanakan segera.

Tindakan pengagihan bantuan dalam bentuk tunai dan bukan tunai dilihat bersifat jangka pendek sahaja. Situasi itu tidak memberi jaminan kepada kerugian yang dialami semua pihak dan perusahaan. Maka pemerkasaan peluang baharu dan penetapan paras pendapatan yang lebih baik – mampu membawa perubahan kepada eksosistem ekonomi dan sosial Malaysia.

Untuk makluman perincian pembentangan Bajet 2022 ini akan dilaksanakan pada 29 Oktober kelak – terdapat 3 aspek pertimbangan yang ditetapkan di bawah pertimbangan utama perbelanjaan Bajet 2022, iaitu;

  • Keperluan segera untuk atasi kesan krisis COVID-19
  • Halangan ruang fiskal – dalam meningkatkan perbelanjaan atau menurunkan nilai cukai susulan pengurangan hasil Kerajaan serta peningkatan hutang ketika ini
  • Menjadikan Bajet 2022 pemangkin pembaharuan struktur ekonomi – selari dengan RMKe-12 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030