Artikel

11 Syarikat Malaysia Kini Tersenarai Pada ‘Asia’s 200 Best Under A Billion’

Landskap perniagaan tempatan kini memperlihatkan potensi yang tinggi, apabila 11 syarikat Malaysia telah disenaraikan pada carta Asia’s 200 Best Under a Billion atau 200 Syarikat Terbaik Bawah 1 Bilion bagi tahun 2021.

Senarai di bawah Forbes Asia itu memperlihatkan – pengiktirafan kepada firma penyenaraian awam berskala kecil dan sederhana di Asia Pasifik, yang berupaya bertahan meskipun berdepan cabaran pandemik COVID-19. Ini senarai firma tempatan yang terlibat;

  • Comfort Gloves
  • D&O Green Technologies
  • Dancomech Holdings
  • Dufu Technology
  • FoundPac
  • Frontken
  • Revenue Group
  • Scientex
  • Thong Guan Industries
  • UG Healthcare
  • ViTrox

Rangkuman firma tempatan ini meliputi perniagaan berkaitan kesihatan, semikonduktor, pembuatan, teknologi, perisian serta produk pengeluaran berasaskan plastik.

Melalui pengamatan Forbes Asia, syarikat penjagaan kesihatan dan farmasutikal telah mempamerkan prestasi yang tinggi – ini susulan permintaan global berhubung keperluan pandemik COVID-19. Selain itu, syarikat logistik, teknologi yang berkaitan platform e-dagang turut memperlihatkan kenaikan faedah dari sudut permintaan global. Penyenaraian ini jelas memberi petunjuk positif kepada prestasi perniagaan Malaysia pada pasaran global