Artikel

AirAsia Thailand Papar Kenaikan Muatan Penumpang – Berikutan Pembukaan Pelancongan

Hasil pembukaan semula 11 laluan penerbangan domestik di Thailand, AirAsia kini mencatatkan muatan penumpang yang tinggi, ada diaantara laluan domestik mencecah 90% muatan. Ini membawa petunjuk kepada pemulihan udara pada entiti tempatan.

Seperti yang umum ketahui, sejak 1 September lalu pentadbiran Thailand telah mula melonggark aktiviti ekonomi melibatkan pelancongan. Antara laluan yang terlibat adalah Chiang Mai, Chiang Rai, Hatyai, Narathiwat dan beberapa laluan lain.

Selain itu, penyambungan laluan akan turut dilaksanakan ke atas penerbangan laluan Phuket, mulai hari ini (8 September).

Melihat pada aliran yang baik ini – AirAsia Thailand merancang tingkatkan kekerapan penerbangan ke destinasi yang mendapat sambutan. Langkah itu seiring dengan sambutan musim perayaan di negara tersebut pada akhir tahun ini.