Artikel

Pengeksport Malaysia Perlu Manfaat CPTPP, Bantu Lonjakan Aliran Perdagangan Utama

Melalui pengesahan CPTPP iaitu Perjanjian Komprehensif dan Prrogresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik, ini akan membantu landskap eksport Malaysia miliki akses pada penyertaan pasaran utama bersama rakan negara yang terlibat.

Akses ini baik untuk perniagaan negara memanfaatkannya, bagi melonjakkan kembali aliran perdagangan.

Senarai negara CPTPP yang terlibat selain Malaysia – Australia, Brunei Darussalam, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, Peru, New Zealand, Singapura dan Vietnam.

Menurut Tan Sri Soh thian Lai Presiden Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) pengesahan awal ini akan membenarkan pengeskport negara kekal berdaya saing dan meraih kembali keyakinan para pelabur.

Antara peluang akses yang dapat diperlihat ketika ini adalah 3 negara tidak memiliki sebarang perjanjian perdagangan bebas (FTA) bersama Malaysia – iaitu Kanada, Mexico dan Peru.

Untuk makluman, 3 pasaran itu mewakili sekitar 199 juta penduduk dan gabungan KDNK adalah pada nilai AS$2.921 bilion – ia 8.6 kali lebih besar daripada ekonomi Malaysia.