Sejak April tahun lalu, permohonan pembaharuan pasport rakyat Malaysia memaparkan peningkatan, susulan kawalan sekatan sempadan yang dikenakan antara Malaysia dan Singapura.
Memahami situasi itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura kini menasihati rakyat negara untuk perbaharui pasport mereka, sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh luput.
Berdasarkan perkongsian data pembaharuan, tahun 2020 mencatatkan sejumlah 60,387 pasport dikeluarkan – ini lebih tinggi 151% berbanding tahun 2019 sekitar 24,000 pasport. Manakala setakat Januari 2021 sebanyak 69,993 pasport telah dikeluarkan bagi tujuan pembaharuan, ini lebih tinggi berbanding data 2020.
Maka rakyat Malaysia yang masih belum perbaharui pasport mereka, perlu rancang sebaik mungkin permohonan. Untuk maklum proses permohonan atau pembaharuan memerlukan sekitar 8 minggu dengan lampiran dokumen sokongan. Malah setiap pembaharuan hanya dapat dilaksanakan melalui sesi temu-janji sahaja.