Terdapat 2 mekanisme baru ke atas pembelian pakej umrah dan pengeluaran visa masuk, kini sedang diteliti oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi – untuk kemasukan jemaah luar negara.
Menurut laporan Saudi Gazette, usul tersebut akan memberikan akses kepada para jemaah luar negara perolehi visa umrah tunggal yang dikeluarkan secara atas talian.
Bagi mekanisme pertama, visa itu akan dikeluarkan oleh pengendali para jemaah untuk kapasiti individu berjumlah 25 individu, atau lebih. Tindakan pengeluaran akan meliputi kerjasama kontrak antara penyedia khidmat umrah, kerajaan serta ejen pelancongan.
Sementara itu, pendekatan kedua pula melibatkan urusan jumlah jemaah pada skala kecil iaitu maksimum 9 individu untuk kemasukan.
Usul sedemikian turut membolehkan pemilihan pakej umrah dapat dilaksanakan pada pautan portal agensi yang diluluskan kerajaan negara. Setakat ini, proses penelitian kedua-dua mekanisme akan dikemaskini dari semasa ke semasa.