Artikel

Grab Malaysia, KWSP – Beri Insentif Caruman Tambahan Kepada Rakan Pemandu, Penghantar

Bagi memastikan kebajikan rakan penghantar dan pemandu terus terjamin, Grab Malaysia bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum ini telah temeterai persefahaman untuk membantu simpanan persaraan pekerja. Kini, kedua pihak menawarkan insentif simpanan persaraan, di bawah i-Saraan KWSP.

Untuk makluman i-Saraan adalah caruman sukarela yang membolehkan pekerja ekonomi gig melakukan tabungan simpanan persaraan mereka – menerusi KWSP.

Melalui insentif ini, terdapat pelbagai agihan peratusan kepada rakan penghantar – merangkumi bawah 55 tahun, lebih 55 tahun dan kumpulan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Bagi bawah usia 55 tahun, ia menawarkan rakan penghantar caruman tambahan sekitar 5% dengan kadar maksimum RM80.

Sementara rakan penghantar berusia 55 tahun ke atas pula akan menerima insentif yang berbeza iaitu caruman tambahan sekitar 10%, sehingga maksimum RM120 setahun. Manakala rakan penghantar OKU akan diberi insentif caruman tambahan 10%, iaitu sehingga maksimum RM120 bagi setiap tahun.

Menerusi insentif tambahan ini, ia dapat memberi pendedahan didikan literasi kewangan dalam kalangan rakan penghantar Grab Malaysia. Usaha ini suatu tindakan yang baik buat kedudukan ekonomi ketika ini.