Artikel

40% Penduduk Dunia Disasarkan Terima Vaksin COVID-19 – Menjelang Akhir 2021

Kumpulan 20 Negara (G20) iaitu peserta ekonomi utama dunia kini menyasarkan, sekitar 40% penduduk global menerima vaksin COVID-19 menjelang akhir tahun ini, 2021.

Kenyataan itu dicapai pada sidang Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan G20 di Rome pada minggu ini.

Terdapat beberapa penekanan dibentangkan, antaranya mengukuhkan kerjasama antara negara dalam memulihkan kembali pandemik COVID-19. Ini merangkumi sokongan bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Selain isu pandemik, kesan turut terlihat pada isu berkaitan kemiskinan, ketidaksamarataan, perubahan iklim, persekitaran, keadilan serta kesihatan mental. Isu tersebut juga diperdebatkan. Langkah ini seiring dengan usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kerjasama secara menyeluruh perlu dicapai untuk meneliti kesan yang diterima. Berhubung masalah kesihatan dan agihan pembekalan vaksin wajar diatasi segera, tumpuan harus diutamakan kepada negara berpendapatan rendah.

Melalui tindak-balas yang baik dan kesepakatan dalam kalangan semua negara, ia dapat membantu melandaikan risiko kesihatan global ini. Malah turut akan memberi kesan positif pada ekonomi, perdagangan dan pelaburan dunia.

Ini kerana, sikap mementingkan kepentingan negara – tidak akan memajukan aliran ekonomi dunia apatah lagi institusi kemanusiaan negara tersebut.