Walaupun penetapan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-12 tidak lagi dicapai, namun perkhidmatan helikopter dan pesawat Hubline Berhad kini berjaya raih kontrak sewa bernilai RM25.67 juta untuk persediaan itu.
Perolehan ini dijana oleh anak syarikatnya iaitu Layang-Layang Aerospace (LLA) daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Untuk makluman LLA adalah antara pengendali penerbangan umum yang melibatkan isu kecemasan, tinjauan udara, operasi menyelamat serta perkhidmatan pengangkutan doktor.
Kontrak sewa perkhidmatan udara ini akan berkuat kuasa selama 24 bulan, ia bermula pada 26 Ogos lalu sehingga 25 Ogos 2023.
Menerusi perolehan kontrak ini, LLA akan berfungsi menyediakan penjadualan penerbangan, kelengkapan operasi serta pengangkutan bekalan ketika pelaksanaan PRN dilakukan. Penyertaan mereka pada agenda pilihan raya negeri ini akan membantu, melancarkan kelansungan pengundian.