Artikel

Lebih RM18 Bilion Bayaran Dilakukan, Bantu Seimbangkan Ekosistem Pekerjaan Negara – PERKESO

Memahami keperluan menyeimbangkan pasaran buruh Malaysia, setakat ini Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah menyalurkan lebih RM18 bilion bayaran – di bawah insentif 7 pakej rangsangan untuk pekerja di negara.

Ini merangkumi 3 insentif yang diterapkan iaitu elaun mencari pekerjaan, subsidi upah serta bahagian pengambilan pekerjaan.

Menurut Mohammed Azman, Ketua Eksekutif Perkeso – bantuan kewangan itu sekurang-kurangnya 1.5% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara dan ia disalurkan untuk menstabilkan pasaran buruh, berikutan kejutan ekonomi susulan penularan COVID-19.

Tidak hanya itu sokongan terhadap kesihatan mental melibatkan isu emosi dan tekanan turut disediakan Perkeso. Di mana membabitkan pasukan bimbingan serta kaunseling iaitu Unit Sokongan Psikologi dan Kesejahteraan Sosial.

Pihaknya sedari keperluan unit sokongan ini wajar disediakan. Ketidaktentuan pasaran ketika ini tidak hanya menurunkan pertumbuhan bahkan turut memberi kesan kepada daya pemikiran orang awam – susulan tanggungjawab yang dipikul.