Seiring dengan sasaran Pos Malaysia dalam mencapai kelestarian berhubung penggunaan tenaga, kini pihaknya telah mengatur kerjasama dengan agihan kontrak selama 6 tahun kepada Greentech Solutions- Sedania Innovator, iaitu anak syarikat SEDANIA Technologies.
Perolehan kontrak ini akan memaparkan usahasama kedua syarikat dalam pengurangan penggunaan tenaga menerusi konsep simpanan bersama. Ia meliputi penawaran khidmat teknologi menerusi kerangka Kontrak Prestasi Tenaga, ia selari dengan objektif ESG – alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat.
Agenda lestari ini pada peringkat awal akan mengetengahkan kecekapan tenaga serta penyelesaian tenaga yang boleh diperbaharui pada laman tapak Pos Malaysia di Lembah Klang. Ia dijangka akan bermula pada tahun ini dan dalam tempoh 3 bulan pelaksanaan.
Untuk makluman, sebelum ini penglibatan Sedania GreenTech bersama organisasi dan kewangan telah berjaya melakukan pengurangan tenaga lebih 65 Gigawatt di lebih 350 bangunan.
Pengalaman pengurangan tersebut merangkumi 45,000 tan karbon dioksida.
Maka menerusi kerjasama ini, pihak perkhidmatan turut menyasarkan akan membantu Pos Malaysia menangani isu kos operasi dan memperbaharui kemampanan tenaga operasi.