Artikel

AirAsia Komited Selesaikan Tunggakan, Proses Bayaran Semula Tiket Penerbangan Ambil Masa

Sekiranya pengguna pernah melakukan sebarang tempahan tiket pengangkutan atau penginapan, kalian memiliki nasib yang sama dengan penulis – iaitu mengalami kerugian dan sukar untuk perolehi semula kos perbelanjaan tersebut.

Situasi ini tidak hanya membebankan pengguna, tetapi kepada penyedia perkhidmatan – antaranya AirAsia.

Pada laporan Berita Harian, pihak AirAsia akui fasa pembayaran semula kerugian yang di alami pengguna – susulan pembatalan tiket perjalanan kini sedang diusahakan dan ia mengambil suatu tempoh yang lebih lama untuk diselesaikan.

AirAsia kekal komited untuk menamatkan isu tunggakan ini. Di mana, setiap minggu syarikat akan memproseskan sekitar 450,000 tunggarakan mengikut kadar had tunai yang dimiliki entiti.

Seperti yang umum ketahui, pengangkutan udara mengalami kemerosotan yang tinggi disebabkan sekatan penguatkuasaan negara. Tidak hanya perjalanan udara antarabangsa, bahkan perjalanan domestik turut mengalami had tertentu.

Namun, antara kaedah yang dilakukan ketika ini adalah memberikan sistem kredit dan melanjutkan tempoh kredit tersebut selama 3 tahun kepada pengguna, bagi kegunaan faedah penerbangan akan datang.

Setakat Januari 2020, AirAsia telah melakukan pembayaran semula kepada 1.5 juta pelanggan, sementara 2.9 juta pelanggan lain pula menerima sistem kredit sebagai alternatif.