Ketika ini, rata-rata perniagaan yang melibatkan penghantaran – mengalami masalah yang sama, iaitu kekurangan petugas disebabkan permintaan yang terlalu tinggi dari pengguna.
Ternyata situasi itu, turut di alami oleh penyedia barangan perabot global – IKEA.
Menurut laporan BBC, Ikea kini memaklumkan susulan penerapan sekatan tertentu di seluruh negara, keberadaan pengguna di kediaman masing-masing nyata telah meningkatkan permintaan pembelian perabot. Meskipun perkara itu suatu petunjuk yang baik kepada pertumbuhan Ikea, namun kesukaran disisi kapasiti petugas mula menjadi permasalahan.
Antaranya kekurangan tenaga kerja penghantaran melibatkan pemandu lori berkapasiti besar (HGV).
Kesulitan itu telah mencetuskan penangguhan pembekalan sekitar 1,000 rantaian produk di beberapa cawangan global. Ini termasuklah 22 cawangan yang terkesan di United Kingdom dan Ireland, yang mengalami kekurangan 10% dari stok rangkaian mereka.
Tidak hanya itu, masalah pada segmen penghantaran turut merangkumi gangguan isu perkapalan kontena. Keadaan COVID-19 berupaya menangguhkan segelintir operasi penghantaran kontena. Perkara ini akan menjejaskan pembekalan perabot ke pasaran antarabangsa.
Walaupun proses vaksinasi telah dilaksanakan namun persediaan syarikat terhadap sebarang kekurangan tenaga kerja, dan penularan kluster tertentu perlu menjadi lebih teliti. Ikea melihat aspek ini penting untuk tumpuan setiap entiti, ia berupaya mengurangkan risiko kerugiaan yang di alami pertumbuhan syarikat.