Artikel

Tan Sri Muhyiddin Yassin Kini Dilantik Selaku – Pengerusi Majlis Pemulihan Negara

Umum ketahui pelaksanaan Majlis Pemulihan Negara (MPN) adalah bertujuan untuk membantu pentadbiran negara dalam memastikan agenda Pelan Pemulihan Negara (PPN) mencapai sasaran yang terbaik buat orang awam.

Kini hasil mesyuarat jemaah Menteri pada 1 September lalu telah mencapai kata sepakat, melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu mantan Perdana Menteri selaku Pengerusi MPN.

Menurut kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN) lantikan ini secara langsung membawa taraf TS Muhyiddin selaku Menteri dalam kabinet negara.

Untuk makluman,  MPN adalah medium kabinet berdiskusi dalam perincian pemulihan pertumbuhan negara. Platform ini akan meneliti pelbagai data serta pendapat pakar kesihatan dan ekonomi berhubung situasi semasa.

Ini bererti ia akan mengambil kira indikator kadar vaksinasi,  status vaksinasi individu, kapasiti ICU dan keperluan untuk sektor perniagaan, khususnya aliran pertumbuhan ekonomi ketika ini dan masa hadapan.