Artikel

Hanya 23,449 Calon SPA Hadir Sesi Temu Duga – Jumlah Ini Merosot Bagi Separuh Pertama 2021

Kesan situasi semasa ternyata memberi impak kepada pergerakan individu. Itu yang berlaku kepada calon penjawat awam – Suruhajaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini, 2021.

Menurut SPA pihaknya menerima sekitar 938,506 permohonan kerja daripada orang awam. Data itu merangkumi 556,075 adalah permohonan dari wanita dan 382,431 adalah permohonan dari calon lelaki.

Namun sekitar 34,009 calon (3.6%) sahaja yang dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian daripada jumlah tersebut sekitar 23,449 calon sahaja yang dapat menghadiri sesi temu duga yang ditetapkan di pusat terpilih.

Sementara calon yang lain pula menghadapi kesukaran pergerakan disebabkan situasi pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN), ketika ini.

Maka bagi memastikan tiada lagi permasalahan pergerakan dan memperlahankan proses pengambilan – SPA kini melaksanakan sesi temu duga secara atas talian. Berdasarkan pemantauan 85% calon yang hadiri sesi temu duga atas talian berjaya diselesaikan.

Sementara 15% lagi memerlukan lanjutan sesi temu duga kali kedua, ini susulan permasalahan talian dan akses internet yang berlaku.