Artikel

Kemasukan Pelajar IPT Akan Dilaksanakan Secara Berperingkat, Mulai Oktober 2021 – KPT

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kini memaklumkan dalam tempoh terdekat, pengenalan Pelan Pemulihan Institut Pengajian Tinggi (IPT) akan dimaklumkan tidak lama lagi.

Melihat pada kadar vaksinasi yang semakin meningkat dan pengaturan SOP yang baik- ini akan membawa petunjuk kepada kebenaran kemasukan pelajar pengajian tinggi kelak ke kampus masing-masing.

Berdasarkan laporan, kemasukan ke kampus masing-masing itu akan dilaksanakan secara berperingkat mulai Oktober kelak.

Bagaimanapun, perincian lanjut hanya akan diketahui dalam tempoh terdekat ini.

Seperti yang umum ketahui, sebelum ini hanya 6 kategori pelajar berkaitan sahaja dibenarkan kembali ke kampus, antaranya adalah;

  • Pelajar dari program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas.
  • Pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian.
  • Pelajar Asasi atau Setara dan Diploma yang sedia ada di kapus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid
  • Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdo
  • Pelajar Berkeperluan Khas (OKU)
  • Pelajar yang menduduki MUET, peperiksaan antarabangsa dan badan profesional