Pengaktifan semula gelembung pelancongan bagi pusat peranginan Malaysia, kini akan merancakkan semula perjalanan udara domestik negara.
Semua pihak ketahui, pengumuman Pulau Langkawi selaku destinasi gelembung perlancongan pertama negara itu akan meningkatkan aliran trafik penerbangan, antaranya adalah Malaysia Airlines dan AirAsia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG) Kapten Izham Ismail penjadualan kapasiti penerbangan akan diatur kembali untuk memenuhi permintaan pengguna pada program gelembung perlancongan. Menerusi pembukaan destinasi ini, ternyata ia mampu menjadi titik awal perjalanan udara untuk kembali beransur pulih.
Malaysia AirlinesĀ akan menawarkan tiket penerbangan dari harga serendah RM89 untuk tambang keseluruhan, dan turut menawarkan pakej perjalanan termasuk penginapan dengan diskaun sehingga 50% kepada pengguna yang telah melengkapkan vaksinasi mereka.
Sementara itu, AirAsia pula akan menampilkan pakej menarik buat pengguna dan makluman tersebut akan dimaklumkan dalam masa terdekat pada ruang aplikasi SuperApp AirAsia kelak.
Untuk makluman, kebenaran perjalanan ini hanya tertakluk kepada individu yang telah melengkapkan vaksinasi COVID-19. Bagaimanapun, buat masa ini kerajaan tidak memaklumkan sebarang kriteria berhubung perjalanan tersebut.