Artikel

Pengenalan Simpan SSPN Plus PTPTN – Pacu Amalan Menabung Bagi Tujuan Pendidikan

Untuk terus memperkasakan faedah menabung bagi tujuan pendidikan -Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini telah melancarkan Simpan SSPN Plus.

Pelancaran ini adalah hasil kesinambungan daripada produk SSPN-i-Plus sebelum ini dan ia memperlihatkan usahasama PTPTN bersama penyedia takaful – Hong Leong MSIG Takaful Berhad, Great Eastern Takaful Berhad dan Takaful Ikhlas Family Berhad.

Menerusi pengenalan Simpan SSPN Plus, para pendeposit akan menerima lebih banyak faedah pelindungan takaful sehingga RM1.2 juta, ini merangkumi;

  • Penyakit terminal sehingga RM200,000
  • Manfaat penghantaran balik jenazah sehingga RM10,000
  • Rawatan pesakit luar akibat kemalangan sehingga RM3,000
  • Perlindungan sehingga umur pendeposit 69 tahun

Agenda manfaat ini selari dengan Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 yang dapat meningkatkan tingkahlaku menabung serta mengurangkan kebergantungan pengguna pada pinjaman pendidikan.

Setakat ini terdapat lebih 690,000 akaun SSPN-i-Plus dicatatkan, dengan rekod nilai deposit sekitar RM752 juta.

Sebarang makluman lanjut boleh layari dan mengetahui perincian lain pada pautan PTPTN Malaysia.