Prestasi kempen Beli Barangan Malaysia tahun lalu ternyata memperlihatkan peningkatan yang membrangsangkan untuk aliran jualan tempatan.
Berdasarkan data hasil jualan 2020 mencatatkan RM3.3 bilion pada pasaran ia lebih tinggi berbanding tahun 2019 yang mencatatkan nilai jualan sebanyak RM2.87 bilion.
Lonjakan sedemikian didorong atas peningkatan penggunaan platform atas talian seperti e-dagang, rangkaian media sosial dan pautan portal jenama tertentu.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melihat kenaikan aliran perbelanjaan ini mampu terus diperkasakan, menerusi sokongan baharu bersama AEON Big, AEON Co, Giant, Mydin, 99 Speedmart, Econsave, Petronas, Shell dan beberapa rakan strategik lain.
Usaha ini akan melengkapkan kerjasama negara dengan platform e-dagang seperti Shopee, LAZADA dan PGMall untuk memenuhi keperluan pengguna secara atas talian.
Adanya pilihan tersebut, tidak akan menurunkan kuasa beli pengguna meskipun sedang lalui sekatan perjalanan – pengguna masih relevan untuk membeli pada kadar berpatutan dengan barangan tempatan.