Artikel

Pengenalan ASN Equity Global – Beri Akses Pelaburan Permulaan Serendah RM10

Minggu lalu, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah memperkenalkan ASN Equity Global iaitu dana ASNB pertama yang akan beri tumpuan pada ekuiti global.

Melalui pelaksanaannya pada 1 September (semalam), menawarkan pelaburan permulaan pada kadar minimum RM10 dan pelaburan tambahan serendah RM1.

Fokus pelaburan adalah pada ekuiti global dengan peruntukan aset hingga 99%, yang mana dana ini menggunakan strategi pelaburan dalam syarikat berprospek tinggi serta yang mendapat manfaat menerusi pasaran global.

Menurut Tun Arifin Zakaria Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), pengenalan platform ini akan memberi kemudahan akses kepada pasaran global untuk turut serta dalam modal permulaan pada kadar yang berpatutan.

Untuk makluman ASN Equity Global akan diuruskan bahagian PNB yang berpusat di Kuala Lumpur dan cawangan pejabatnya di London bagi memantau dan meneroka peluang pelaburan pada lebih 50 pasaran utama saham antarabangsa.

Pada kenyataan media, mulai 1 September pelabur boleh melanggan ASN Equity Global pada harga tawaran awal iaitu RM1 seunit sehingga 21 September kelak.

Terdapat beberapa perincian lain untuk mengetahuinya, pengguna boleh layari pada pautan MyASNB atau aplikasi serta berhubung bersama ejen dan cawangan yang terdapat diseluruh negara.