Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) kini meneliti pendekatan ekonomi sirkular, ia akan membawa kepada tumpuan kitar semula sisa komiditi serta pengeluaran produk asas tersebut.
Ekonomi Sirkular – adalah menggunakan sumber sisa yang dapat dikitar semula dan penggunaan produknya berdaya tahan tinggi untuk jangka masa lama. Antara negara melaksanakan pendekatan ekonomi adalah Denmark.
Pendekatan ini diperhalusi berdasarkan pengalaman Menteri KPPK Datuk Zuraida Kamaruddin bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebelum ini berhubung pengurusan sisa.
Usaha kitar semula sisa komoditi, khususnya membabitkan biojisim kelapa sawit mampu menjana lebih banyak peluang pendapatan kepada pertumbuhan negara, disamping mengekalkan kelestarian pemasaran produk.
Selain pendekatan itu, pelbagai produktiviti berkaitan komiditi seperti getah, koko dan lada akan turut diperkasakan pasarannya. Setakat ini KPPK telah menyumbang 12% iaitu hampir RM100 bilion pada pendapatan negara.
Tindakan meningkatkan pendapatan kepada hasil negara akan diterus, selari dengan memberi tumpuan pada penawaran peluang pekerjaan dalam industri.