Artikel

Industri Francais Malaysia Kekal Kukuh – Sumbang Peningkatan Pertumbuhan Eksport

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) kini memaklumkan industri francais negara telah mencapai kemajuan yang ketara pada pertumbuhan ekonomi.

Meskipun berdepan situasi ketidaktentuan kesihatan dan ekonomi, peningkatan pemasaran produk dan perkhidmatan negara ke luar negara diperlihatkan semakin kukuh.

Khususnya pada pertumbuhan eksport Malaysia.

Berdasarkan rekod jumlah dagangan Malaysia, ia meningkat 26% kepada RM1.1 trilion bagi separuh pertama 2021. Nilai tinggi ini merangkumi rekod perdagangan, eksport dan import. Sementara itu lebihan dagangan turut melonjak 87.7% kepada RM15.04 bilion.

Bagi pasaran Asia Tenggara – industri francais turut disasarkan memaparkan pemulihan dengan pembentukan lebih banyak peluang pekerjaan kelak. Keterangkuman francais ini tidak hanya membabitkan industri makanan bahkan meliputi perkhidmatan runcit, pendidikan dan beberapa segmen lain.

Setakat ini terdapat 65 jenama francais Malaysia yang melaksanakan operasi di 66 buah negara – antaranya Marrybrown,, Manhattan Fish Market, Secret Recipe, Chicken Rice Shop, Nelson’s, Global Art & Creative, Smart Reader, Rotiboy, Poney dan beberapa jenama lain.