Artikel

Shopee eDuit Tawar Akses Tunai, Ganjaran Kepada Pengguna Baharu – Rancakkan Aktiviti Penjualan

Memahami keperluan dan ingin memperluaskan penyertaan pengguna negara pada landskap ekonomi digital, Shopee kini akan memberi ganjaran RM100 kepada pengguna baharu di bawah inisiatif eDuit.

Penerapan inisiatif ini, menurut Terence Pang Ketua Pegawai Operasi Shopee ia akan membantu meringankan bebanan pengguna dalam memiliki keperluan akses barangan harian. Malah tindakan, secara langsung turut membantu pengguna baharu meneroka penggunaan ekonomi digital dengan cara yang lebih mudah.

Untuk makluman kempen eDuit Shopee adalah selaras dengan matlamat mereka bersama MDEC, di mana ia mendorong digitalisasi dan memacu ekonomi untuk mempertahankan perniagaan-perniagaan dan mata pencarian pemain industri terlibat.

Usaha ini turut dilihat sejajar dengan agenda digital Malaysia yang bertujuan mendorong digitalisasi dalam sektor peruncitan melalui e-dagang, serta transaksi tanpa sentuh.

Melalui faedah eDuit dan tawaran menarik 9.9 Hari Pembelian Hebat, rakan-rakan niaga atas talian dan luar talian Shopee bakal mendapat manfaat daripada aktiviti penjualan.

Pembelanjaan oleh pengguna dalam jangka pendek ini juga akan membantu, memberi sumbangan positif kepada aliran ekonomi domestik negara.

Bagi mengetahui maafaat yang diterima melalui ganjaran RM100 buat pengguna baharu ini, boleh layari pada pautan Shopee eDuit untuk perincian lanjut.