Meskipun Malaysia menghampiri 2 tahun tempoh pandemik COVID-19, masih terdapat kumpulan individu yang tidak memiliki sebarang masalah kesihatan – enggan menerima vaksinasi.
Melihat situasi itu, pada sidang khas Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini (1 September) Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberi gambaran awal bahawa – terdapat kemungkinan pengenalan Polisi atau Dasar Ujian Saringan Kebangsaan akan dilaksanakan kelak, ke atas kumpulan tersebut.
Berdasarkan pemahaman, tindakan dasar itu akan berpotensi mewajibkan individu yang enggan divaksinasi untuk perlu jalani ujian saringan secara berkala atau berjadual.
Bagaimanapun, setakat ini Khairy memaklumkan pihaknya akan melakukan perbincangan berhubung tindakan yang sewajarnya untuk kumpulan individu terlibat.
Namun Khairy kekal mengatakan – sekiranya individu tidak memiliki masalah kesihatan, seharusnya melengkapkan suntikan vaksinasi COVID-19 mereka, ketika ini terdapat kemudahan dan manfaat diberi kepada mereka yang telah melengkapkan vaksinasi.
Sementara itu, bagi kumpulan yang tidak dapat menerima suntikan vaksin COVID-19 disebabkan masalah kesihatan dan saranan pihak kesihatan. Maka, kelak suatu ciri khusus akan tersedia pada pengenalan diri mereka – dengan pengesahan doktor. Ini bermakna, kumpulan ini terkecuali dari sebarang halangan pergerakan.