Artikel

Carsome Raih AS$170 Juta Dana Pusingan – Cetus Lonjakan Pada Nilai Entiti AS$1.3 Bilion

Carsome kini telah meraih penyelesaian dana pusingan Siri D2 pada nilai AS$170 juta dan menjadikan penilaian syarikat mereka sekitar AS$1.3 bilion.

Ini secara tidak langsung memperlihatkan pengukuhan pada kedudukan entiti selaku startup teknologi yang berpotensi tinggi di Malaysia.

Pada siri ini memperlihatkan penyertaan pelaburan ekuti besar seperti Catcha Group, MediaTek dan Penjana Kapital. Tidak hanya itu penyertaan pemegang saham seperti Gobi Partners, Asia Patrner, 500 Asia Tenggara, MUFG Innovations Partners dan beberapa entiti lain turut terlibat.

Menurut Eric Cheng, melalui dana pusingan ini ia mendorong pemerkasaan pertumbuhan dalam perniagaan runcit dan pembiayaan. Kerjasama baik antara pelabur ini memantapkan lagi eksosistem e-dagang di pasaran Asia Tenggara.

Untuk makluman pembaca, Carsome adalah platform dagangan kereta terkemuka di Asia Tenggara dan menerajui pasaran di Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Antara agenda terbaharu yang dilakukan adalah imengatur kerjasama strategik dengan iCar Asia bagi membangunkan ekosistem automotif terbesar di Asia Tenggara. Bagaimanapun pelan itu dijangka akan berlangsung dalam tempoh 6 bulan akan datang.