Memahami kepentingan perkongsian data yang lebih terperinci. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin kini memaklumkan paparan data dan maklumat tambahan yang lebih jelas akan diberikan mulai minggu hadapan kepada orang awam.
Kenyataan itu telah dilakukan pada sidang khas petang ini. Di mana, Khairy menyatakan perincian tersebut adalah lebih terbuka dan lebih terperinci berbanding data-data yang telah dibekalkan sebelum ini.
Ketetapan ini telah dilaksanakan oleh Khairy, untuk memastikan budaya kerja Kementerian Kesihatan (KKM) lebih kepada ketelusan. Tindakan ini tidak hanya membantu orang awam tetapi turut membabitkan soal kepercayaan. Usaha ini adalah tindak-balas KKM menangani anasir persoalan yang mengugat kreadibiliti gerak kerja KKM.