Artikel

Selangor Sasar Bangunkan 2,000 Ekar Ladang Pertanian Moden – Tingkatkan Penyertaan Usahawan Muda

Selangor kini berhasrat untuk mengembangkan ladang pertanian moden seluas 2,000 ekar setahun sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menghasilkan penyertaan golongan muda.

Menurut Exco Pertanian negeri pendekatan itu akan membolehkan para petani dilatih dan dibimbing oleh kumpulan pakar yang terdiri daripada pemain industri. Usaha tersebut mampu membantu pemerkasaan kumpulan petani baharu.

Seperti yang umum ketahui, kerajaan negeri sejak awal tahun telah mengetengahkan usaha kaedah tanaman moden seperti fertigasi yang digabungkan dengan penerapan teknologi terkini.

Setakat ini permulaan pelan telah dilaksanakan di Sungai Air Tawar seluas 120 ekar dan seterusnya akan memulakan pelan di Sungai Panjang di bawah Smart Selangor Agro Park.

Bimbangan itu merangkumi pendedahan awal berhubung kaedah menanam benih, tanaman, membaja, mengawal hama dan kemudian membeli produk mereka untuk eksport.

Usaha ini secara terus sejajar dengan sasaran Pakej Kita Selangor 2.0 yang menjangkakan penghasilan 1,000 agropreneur dalam tempoh 5 tahun kelak dapat dipenuhi. Langkah ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada ekosistem pertanian dan meningkatkan kapasiti hasil pengeluaran pertanian negara.