Artikel

RMK-12 Mula Dibentangkan Pada 27 September Kelak – DS Mustapa

Usaha pentadbiran pada penyediaan Rancangan Malaysia Ke-12 kini menghampiri paras 100%. Perkara itu telah dinyatakan oleh Dato’ Sri Mustapa Mohamed iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).

Berdasarkan makluman hari ini (1 September), Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri akan mula membentangkan RMKe-12 pada 27 September kelak, di sidang Dewan Rakyat.

Pembentangan ini akan menjadi tumpuan negara dalam menentukan hala tuju pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi strategi jangka masa sederhana dan panjang. Ia akan mengambilkira pelbagai faktor – merangkumi situasi COVID-19, setelah COVID-19 dan pelaksanaan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).