Artikel

Terbitan Kerangka Pra-Bajet 2022, Usaha Negara Perbaiki Penyediaan Bajet Tahunan – MOF

Kementerian Kewangan (MOF) pada 31 Ogos telah menerbitkan kerangka Pra-Bajet 2022 bagi paparan umum. Tindakan itu, untuk memudahkan orang awam akan situasi aliran kewangan negara ketika ini dan hala tuju ekonomi pada tahun hadapan.

Berdasarkan kerangka prestasi perbelanjaan 2021, setakat Julai lalu laporan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mempamerkan sekitar 61.3% penggunaan Perbelanjaan Mengurus telah dicapai, 45.4% Perbelanjaan Pembangunan dan 75.2% Kumpulan Wang COVID-19 telah dicapai.

Dua segmen agihan perbelanjaan diperlihatkan diberi keutamaan iaitu dari sudut pembangunan ekonomi dan sosial berkaitan rakyat negara.

Menerusi aliran tersebut, terdapat 3 aspek pertimbangan yang ditetapkan di bawah pertimbangan utama perbelanjaan Bajet 2022;

  • Keperluan segera untuk atasi kesan krisis COVID-19
  • Halangan ruang fiskal – dalam meningkatkan perbelanjaan atau menurunkan nilai cukai susulan pengurangan hasil Kerajaan serta peningkatan hutang ketika ini
  • Menjadikan Bajet 2022 pemangkin pembaharuan struktur ekonomi – selari dengan RMKe-12 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030

Pemilihan pertimbangan ini bermakna Kerajaan akan terus meningkatkan daya usaha peluang pekerjaan, membina kembali ekonomi dan perbaharui sosioekonomi Malaysia.

Bagi segmen perniagaan pula, kerangka ini turut akan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian awam membabitkan ESG – Alam Sekitar, Kemampanan dan Tadbir Urus ia antara langkah untuk memantapkan negara sebagai destinasi pelaburan utama.

Maka adanya paparan petunjuk pra Bajet 2022 sedemikian, ia akan memudahkan pemahaman orang awam akan perinciannya pada 29 Oktober 2021 kelak.

Untuk sebarang pemahaman lanjut, orang awam boleh layari pada pautan Kenyataan Pra-Bajet 2022 bagi perincian maklumat.