Seperti yang umum ketahui mesyuarat pertama bagi penggal keempat Parlimen negara seharusnya dilaksanakan pada 6 September kelak. Bagaimanapun, makluman terkini menyatakan sidang tersebut akan dipinda kepada 13 September kelak.
Tindakan ini selaras engan Peraturan Mesyuarat 11(2), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Makluman ini telah dilakukan oleh Setiausaha Dewan Rakyat iaitu Dr. Nizam Mydin. Ini bermakna kelangsungan mesyuarat sidang Parlimen itu akan dilaksanakan pada 13 September sehingga 12 Oktober 2021 kelak.
Sebarang perincian lanjut akan dikemas-kini dari semasa ke semasa.