Pejabat Perdana Menteri (PMO) kini memaklumkan Perdana Menteri Ismail Sabri telah disahkan kontak rapat pesakit COVID-19.
Susulan makluman itu, PM Ismail kini sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya. Ini bermakna kehadirannya pada Istiadat Angkat Sumpah Menteri terpaksa dibatalkan.
Untuk pengetahuan, pada jam 2.30 petang hari ini (30 Ogos), akan berlangsung Istiadat Angkat Sumpah Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri.
Tidak hanya itu, kehadiran pada sambutan merdeka tahun ini juga berkemungkinan tidak dapat dihadiri PM Ismail secara fizikal, di Dataran Pahlawan Putrajaya pada 31 Ogos 2021.