Artikel

PPV Kilang Wajar Dibangunkan, Bantu Pekerja Asing Tingkatkan Kadar Vaksinasi – PM Ismail Sabri

Memahami isu kesesakan yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sebelum ini, Perdana Menteri Ismail Sabri memaklumkan kebenaran kini diberi kepada premis kilang untuk mewujudkan PPV di dalam premis mereka.

Cadangan itu untuk memudahkan proses vaksinasi dilaksanakan, khususnya bagi premis yang memiliki kapasiti pekerja asing yang tinggi.

Menurut PM Ismail minggu lalu, perincian ini telah dibincangkan bersama Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Tan Sri Dr Noor Hisham dan Ketua Setiausaha KKM.

Untuk makluman, mana-mana kilang yang telah mencapai 80% pekerjanya melengkapkan vaksinasi, akan dibenarkan beroperasi. Maka, PM Ismai menggesa pengurusan premis kilang untuk memanfaatkan kebenaran tersebut, dengan pembelian vaksin kepada para pekerja mereka.

Meskipun terdapat tanggungan kos, namun ia dilihat lebih memadai berbanding kerugian yang perlu ditanggung oleh kilang disebabkan penutupan operasi premis.