Artikel

Peningkatan Hasil Pengiklanan – Bantu Media Prima Raih Keuntungan RM13.42 Juta

Walaupun mengalami risiko pandemik situasi semasa, Media Prima Bhd kekal mempamerkan prestasi yang baik pada beberapa segmen operasi pertumbuhan. Antaranya pada segmen perolehan pengiklanan.

Berdasarkan kenyataan perolehan pengiklanan menunjukkan peningkatan 22% dengan rekod keuntungan bernilai RM13.42 juta bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun lalu.

Ini turut memberi kesan pada pendapatan penyiaran yang meningkat 23.77% kepada RM292.4 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun 2020, iaitu sekitar RM236.3 juta. Segmen digital Rev Media turut memaparkan peningkatan 11% kepada RM41.7 juta bagi separuh pertama tahun ini.

Untuk makluman, pada laporan Media Prima kekal selaku rangkaian televisyen yang menguasai lebih 35% bahagian penonton televisyen. Aliran itu membantu peningkatan pendapatan penyiaran sebanyak 43%.

Seterusnya bagi penyertaan kumpulan pada penstriman pula mencatatkan RM20.7 juta dengan kerjasama Primeworks Studios, Disney+ Hotstar, iQiyi dan WeTV. Prestasi yang baik ini memberi petunjuk kepada pemulihan kumpulan dalam segmen penyiaran.