Memiliki potensi pada pasaran jualan pembekalan vaksin. Pharmaniaga kini ingin mengembangkan penyertaannya pada pasaran Asia Tenggara, serta Afrika dengan pembekalan vaksin siap Sinovac yang dikeluarkan oleh sokongan teknologi kilang kumpulan.
Langkah itu dapat diperlihat menerusi perbincangan bersama Sinovac Life Sciences Co Ltd ketika ini – ingin memudahkan daya eksport vaksin ke negara-negara yang menghadapi cabaran untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi di Asia Tenggara dan beberapa negara Afrika.
Perancangan itu akan diberi tumpuan setelah pengedaran dan pembekalan vaksin pada pentadbiran negara dengan jumlah 20.4 juta dos dilakukan. Kumpulan akan mulai mencari peluang untuk penyertaan eksport terbabit.
Pharmaniaga juga mengatakan perniagaan vaksin akan terus menyumbang kepada pendapatan kumpulan kerana menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), situasi pandemik ini akan berpanjangan sehingga tahun 2025. Ia akan mendorong pada permintaan berterusan vaksin.
Untuk makluman, setakat ini sekitar 30% populasi di dunia yang menerima dos lengkap vaksinasi COVID-19. Maka bagi memenuhi permintaan, kumpulan akan meningkatan pembotolan sekitar 40 juta dos per tahun untuk pasaran Asia Tenggara dan benua Afrika.
Pelaksanaan ini penting, susulan kurang dari 20% daripada 700 juta penduduk Asia Tenggara yang telah melengkapkan vaksinasi mereka. Sementara hanya 10% dari 1.3 bilion penduduk Afrika yang telah menerima vaksin lengkap.
Pengeluaran dan pembekalan ini akan terus dilaksanakan dengan sokongan NPRA Malaysia. Usaha ini akan meningkatkan kapasiti pengeluaran kilang dari 2 juta sehingga 4 juta dos sebulan – bermula Ogos ini.