Artikel

Socar Malaysia, TNB – Laksana Kerjasama Perkongsian Data Pacu Penggunaan EV Di Malaysia

Sentimen pasaran kenderaan elektrik (EV) mula memperlihatkan peningkatan. Memahami keperluan peranan itu, SOCAR Malaysia kini telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk memanfaatkan data permintaan mengenai penggunaan EV di Malaysia.

Usaha ini secara terus meningkatkan penerapan EV negara, selari dengan gagasan nasional untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dari pengangkutan.

Pada pelaksanaan tersebut TNB akan memanfaatkan data Socar Malaysia mengenai penggunaan kenderaan dan tingkahlaku perjalanan untuk mengenal pasti lokasi strategik di sepanjang laluan perjalanan utama bagi pemasangan infrastruktur pengisian caj.

Data yang terkumpul akan memperincikan lokasi, bilangan serta jenis pengecas untuk pemasangan infrastruktur kelak.

Socar juga merancang, memperluaskan sehingga 50 zon EV pada akhir tahun hadapan bagi industri EV negara. Tindakan ini akan membolehkan para pengguna EV perolehi manfaat keperluan pemanduan.

Menurut Ketua Pegawai Peruncitan TNB, Datuk Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan persefahaman ini akan memainkan peranan utama dalam mendorong penggunaan EV di Malaysia, terutama di kalangan pengendali pengurusan pengangkutan.

Namun pihaknya kekal optimis untuk memberi pendedahan jangka masa panjang berhubung manfaat kenderaan elektrik. Tidak hanya melengkapkan pengguna dengan infstruktur yang mencukupi namun turut menawarkan kos bateri yang lebih rendah kepada mereka.

Ini akan menjadi petunjuk kepada ekosistem jangka panjang kenderaan elektrik di Malaysia.