Artikel

PM Ismail Beri Tempoh 100 Hari – Setiap Kementerian Perlu Papar Prestasi, Bantu Pertumbuhan Malaysia

Menyedari kegawatan ekonomi Malaysia ketika ini – Perdana Menteri negara Dato Sri Ismail Sabri memberi penegasan kepada prestasi setiap kementerian dalam tempoh 100 hari.

Kenyataan ini dimaklumkan pada sidang khas sebentar tadi, setelah PM Ismail mengumumkan senarai ahli kabinet Malaysia 2021 yang telah diperkenankan oleh YDP Agong Sultan Abdullah. 

Tegas PM Ismail – bagi memastikan dan beri jaminan kepada rakyat negara. Semua kementerian perlu melaksanakan perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan.

Pembuktian setiap tugasan dan peranan perlu dipamerkan dalam tempoh 100 hari pertama. Berdasarkan jangkaan, pemantauan prestasi ini akan diteliti pada awal Disember 2021 kelak.

Penekanan ini tidak hanya membuktikan kreadibiliti kerajaan baharu – namun ingin mencapai hasil negara pada 3 prinsip yang digariskan oleh PM Ismail Sabri, iaitu;

  • Peka akan keperluan semasa
  • Bertanggungjawab dan amanah
  • Mengembalikan semula keyakinan rakyat negara

Melalui pendekatan terbuka dan konsep Keluarga Malaysia, PM Ismail menyatakan peranan setiap kementerian akan memberi kesan langsung kepada pertumbuhan dan permintaan ekonomi tempatan. Maka segala peranan wajar disempurnakan dengan baik.

Dengan pengumuman senarai kabinet dan prinsip sedemikian – dalam tempoh 100 hari pertama, akan wujudnya pelbagai jangkaan dan harapan rakyat pada Malaysia baharu.