Artikel

Tahap Kebergantungan Malaysia Pada Makanan Import Semakin Tinggi – Catat RM55.5 Bilion

Tahun lalu memperlihatkan perdagangan import Malaysia lebih tinggi. Ini bermakna tahap kerbergantungan negara pada makanan import juga semakin melonjak – di mana Malaysia kini mengimport sekitar RM55.5 bilion produk makanan.

Angka itu lebih tinggi berbanding eksport, sekitar RM33.8 bilion.

Perkongsian data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Akaun Pembekalan dan Penggunaan Komoditi Pertanian Terpilih Malaysia 2016-2020, jelas memperincikan 3 kategori utama perbincangan iaitu tanaman, ternakan dan perikanan.

Peningkatan itu secara langsung mendorong kepada lonjakan defisit perdagangan produk makanan dengan jumlah RM21.7 bilion – ia meningkat 24.9% berbanding 2019.

Pada masa yang sama import makanan yang terkumpul adalah berjumlah RM482.8 bilion dalam tempoh 10 tahun, sementara eksport berjumlah RM296 bilion.

Melalui pengamatan, Malaysia menunjukkan kadar kebergantungan sangat tinggi pada barangan import ini untuk memenuhi permintaan domestik negara;

  • Daging kambing (RM879.4 juta)
  • Mangga (RM87.9 juta)
  • Kelapa (RM266.1 juta)
  • Daging Lembu (RM2.2 bilion)

Ia membawa erti, lebih 70% daging kambing yang diimport adalah berasal dari Australia, sementara mangga, kelapa dan daging lembu pula diimport dari Thailand, Indonesia dan India.

Tidak hanya barangan makanan sedemikian, produk asas seperti bawang, tenusu, kopi, tepung gandum, teh, minyak masak dan ubi kentang turut menunjukkan peningkatan import.

  • Bawang besar 436.0 juta tan metrik
  • Tenusu 336.4 juta tan metrik
  • Kopi 108.9 juta tan metrik

Situasi jelas didorong tekanan pandemik COVID-19 yang berlaku sejak tahun lalu. Ia tidak sekadar menjejaskan pasaran tempatan namun turut memberi kesan pada perdagangan antarabangsa, dari aspek pemintaan, penawaran, pengeluaran dan kapasiti operasi sektor.