Artikel

Kenanga Investment Bank Papar Lonjakan Untung Bersih – Raih RM64.7 Juta Bagi Separuh Pertama 2021

Seiring dengan pengukuhan infrastruktur digital dan peningkatan pada perniagaan pembrokeran saham, pelaburan – Kenanga Investment Bank kini memperlihatkan lonjakan yang baik pada prestasi keuntungan bersih syarikat.

Dalam tempoh 6 bulan yang berakhir pada 30 Jun lalu – peningkatan 4 kali ganda keuntungan bersih telah direkodkan, menjadikan ia kepada nilai RM64.7 juta. Ini lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada 2020, iaitu sekitar RM13.5 juta.

Tidak hanya perniagaan pembrokeran saham, pelaburan dan pengurusan kekayaan sahaja yang menunjukkan sumbangan baik tetapi keuntungan juga turut didasari melalui usahasama Rakuten Trade.

Pada akhir Jun, memperlihatkan Rakuten memiliki 217,400 akuan iaitu melebihi senarai tahun lalu – ini membantu mendorong kepada peningkatan pendapatan bersih kumpulan.

Menurut Datuk Chay Wai Leong, Pengarah Urusan Kumpulan – penerapan digitalisasi turut membantu mengukuhkan kos operasi. Meskipun risiko pasaran masih tinggi, namun Kenanga kekal optimis mengukuhkan asas perniagaan dan berhasrat mengembangkan penawaran khidmat mereka mengikut keperluan semasa.