Perihal ini meliputi jangkaan perniagaan yang kurang mengalakkan berikutan keadaan pandemik COVID-19 negara.
Data di bawah Statistik Kecenderungan Perniagaan – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu memperlihatkan petunjuk keyakinan perniagaan bagi prestasi syarikat telah meningkat, merosot kepada -21.3%.
Angka tersebut lebih tinggi berbanding suku ketiga pada 2020, dengan -3.1%.
Melalui dapatan petunjuk keyakinan bagi sektor Perdagangan Borong & Runcit merosot ke trajektori negatif dengan -39.4% berbanding +5.6% pada suku tahun kedua 2021 disebabkan oleh peniaga yang kurang berkeyakinan terhadap keadaan perniagaan mereka untuk tempoh tiga bulan akan datang bagi kedua-dua subsektor iaitu Perdagangan Borong dan Perdagangan Runcit.
Sementara itu, sektor Industri dan Perkhidmatan menunjukkan lebih pesimis dengan petunjuk keyakinan masing-masing menyusut kepada -11.0% dan -22.8% pada suku tahun ketiga berbanding -1.5% dan -6.1% yang dicatatkan pada suku tahun sebelumnya.
Pada masa yang sama, sektor Pembinaan juga menjangkakan keadaan perniagaan mereka merosot pada suku tahun rujukan dengan -45% berbanding -30.5% yang dicatatkan pada suku tahun lalu.
Manakala bagi segmen jangkaan bilangan pekerja pula majoriti pertubuhan (76.5%) meramal untuk mengekalkan pekerja mereka untuk suku tahun rujukan.
Sebanyak 8.5% pertubuhan menjangkakan pengambilan pekerja yang lebih ramai, sementara 15% pula berhasrat untuk mengurangkan tenaga kerja seterusnya mendorong kepada imbangan bersih -6.5% untuk suku tahun ketiga 2021.