Artikel

Lebih 53,000 Kes Positif COVID-19 Di Selangor – Telah Di Kesan Di Tempat Kerja

Berdasarkan pemerhatian kerajaan negeri Selangor – daripada jumlah kes positif 313,075 terdapat 53,571 kes adalah di kesan dari tempat kerja.

Ini bermakna sekitar 17.1% daripada jumlah keseluruhan menunjukkan penularan berlaku di tempat kerja. Menurut Menteri Besar Selangor, Dato’ Sri Amirudin Shari data setakat Julai itu menunjukkan kebanyakan dapat diperlihat pada sektor pembuatan dengan jumlah kes 33,214 pekerja. Angka ini merangkumi 62% daripada jumlah dikesan di tempat kerja.

Sementara itu sektor lain pula memaparkan data penularan;

  • Sektor Perkhidmatan 7,768 kes (14.5%)
  • Sektor Pembinaan 7,232 kes (13.5%)
  • Sektor Perdagangan 5,357 kes (10%)

Kes sedemikan dikesan berdasarkan pemeriksaan saringan yang dilaksanakan di tempat kerja, yang diatur oleh pihak pengurusan premis. Kerajaan Selangor selain itu turut mendapati terdapat 455 kompaun telah dikeluarkan ke atas premis perniagaan di Selangor, sementara 237 premis lain telah diperintahkan tutup operasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan MITI di bawah Seksyen 18(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Meyedari keperluan langkah penjagaan – Selangor sejak Februari lalu telah mula memperkasakan Program Pencegahan Penularan di Kawasan Titik Panas (POIS)- iaitu memberi fokus kepada pengurangan kes khususnya di bahagian perkilangan serta perindustrian.

Antara usaha yang dipergiatkan menerusi POIS adalah pemantaun secara berkala ke atas perjalanan pekerja akan dilakukan. Tindakan itu memerlukan kerjasama pematuhan garis panduan antara majikan dan pekerja.

Setakat ini, kerajaan negeri tidak mewajibkan pendaftaran majikan pada inisiatif tersebut namun terdapat 1,500 premis kilang mula mengambil bahagian pada inisiatif ini. Buat pengetahuan pembaca pelaksanaan POIS merangkumi kerjasama antara pemain industri seperti Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia, bahagian kesihatan negeri dan beberapa pihak yang lain. Sebarang makluman lanjut, pengguna boleh memuat turun aplikasi SELANGKAH pada Google Play dan App Store.