Artikel

Delta Air Lines Rancang Kenakan Bayaran Bulanan AS$200 – Ke Atas Pekerja Yang Menolak Vaksin COVID-19

Entiti penerbangan yang berpangkalan di Georgia, Amerika Syarikat (AS) iaitu Delta Air Lines kini mula mengorak langkah – mengambil tindakan agresif mengenakan bayaran bulanan AS$200 (RM838) ke atas pekerja mereka yang memilih untuk tidak menerima vaksin COVID-19.

Tindakan caj tersebut bertujuan menampung kos rawatan kesihatan tambahan pada insurans pekerja, sekiranya mereka terdedah kepada kontrak COVID-19.

Melalui pendekatan ini – dapat memberi gambaran awal kepada para pekerja bahawa ia adalah usaha mengatasi risiko kewangan entiti dan ini dapat memberi galakan kepada pekerja untuk melengkapkan vaksinasi mereka.

Meskipun 75% tenaga kerja Delta telahpun melengkapkan vaksinasi namun kemunculan varian baharu telah menimbulkan keraguan. Malah, rata-rata pekerja yang telah terdedah akan penularan tersebut adalah individu yang masih belum lengkap vaksinasi.

Ini membawa kepada tanggungan kos yang tinggi buat syarikat. Purata kos kemasukan hospital adalah AS$50,000 setiap individu.Maka, Delta Air Lines menegaskan keperluan vaksinasi lengkap amat penting untuk kelangsungan operasi syarikat dan keselamatan pengguna mereka.

Selain pengenaan bayaran bulanan, pekerja yang tidak divaksin diwajibkan memakai pelitup muka dan menjalani rutin ujian saringan pada setiap minggu. Sementara pekerja yang telah melengkapkan vaksinasi pula akan menerima faedah pelindungan bermula November kelak.

Langkah itu turut dilaksanakan oleh Air Canada, syarikat penerbangan Kanada yang menegaskan menjelang 30 Oktober – sekiranya pekerja masih enggan menerima vaksin, ia akan diberhentikan atau diberi notis cuti tanpa gaji.

Tindakan itu adalah usaha syarikat untuk menangani pandemik dan meningkatkan jaminan kadar kesihatan pengguna.

Situasi ini secara jelas menjadikan – syarat untuk pekerjaan kelak akan mula berubah dan memerlukan seluruh pekerja telah melengkapkan vaksinasi COVID-19 mereka. Sekiranya tidak atau tidak memiliki alasan kukuh – tiada ruang pekerjaan untuk anda.