Penutupan pelabuhan Ningbo-Zhoushan, China sebelum ini disebabkan penularan pandemik COVID-19 nyata memberi tekanan kepada jaringan perkapalan global dan pemintaan yang tinggi dari para pengeksport.
Situasi itu menyebabkan pengendalian kontena di terminal terpaksa di bawa ke pelabuhan China yang lain dan mendorong kepada tahap kesesakan terburuk dalam sejarah 7 tahun. Untuk makluman, bagi tahun 2020 sahaja pelabuhan ketiga tersibuk di dunia ini mengendalikan hampir 1.2 bilion tan barangan.
Namun, minggu ini pihak berkuasa Ningbo telah memaklumkan pembukaan pelabuhan tersebut dapat dilaksanakan semula pada hari ini (26 Ogos). Segala operasi dapat diaktifkan smeula dan memberi keutamaan pada pemunggahan muatan yang terpaksa ditangguhkan sebelum ini.
Menyedari kepentingan aturan SOP, pihak pengurusan telah meningkatkan tahap pencegahan dan memastikan setiap pekerja yang terjejas telah melengkapkan vaksinasi mereka, untuk memulakan tugasan. Selain itu pelaksanaan saringan COVId-19 secara berkala juga turut dilaksanakan – ini untuk mengelakkan dari sebarang penutupan operasi semula.
Sekiranya perkara itu berlaku – ia akan terus menjejaskan segmen ekonomi pelbagai negara, merangkumi pasaran global. Maka pengaturan SOP yang tegas telah dilaksanakan.