Artikel

Harga Minyak Petrol Kini Menurun, Setelah Alami Pengekalan Beberapa Minggu – RON97 Susut 2 Sen

Berdasarkan penetapan harga runcit minyak petrol negara esok, ia menunjukkan penurunan pada minggu ini.

Melalui penggunaan formula Automatic Pricing Mechanism, ini adalah rangkuman harga runcit petroleum bagi tempoh 26 Ogos 2021 hingga 1 September 2021.

RON97 turun 2 sen dengan catatan RM2.72 sen seliter, sementara RON95 masih kekal di paras harga RM2.05 sen seliter – ini disebabkan penetapan harga siling.

Diesel turut kekal pada paras harga RM2.15 sen seliter.

Kerajaan kini akan terus memantau sebarang kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi menjamin kesejahteraan rakyat negara.