Kadar inflasi Malaysia kini meningkat 2.2% bagi Julai 2021, ini lebih tinggi berbanding data tempoh yang sama pada tahun lalu.
Rekod ini diperlihatkan pada ukuran Indeks Harga Pengguna (IHP) yang telah dikongsikan pada hari ini (25 Ogos). Berdasarkan Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir – peningkatan sederhana IHP adalah susulan penawaran diskaun bil elektrik bulanan yang diberikan kepada pengguna domestik, di bawah PEMULIH sejak 1 Julai lalu.
Selain itu, berdasarkan kategori IHP mengikut negeri – terdapat 5 negeri kini telah melepasi paras purata IHP kebangsaan iaitu Terengganu 2.8%, Pahang 2.5%, Selangor, Kelantan dan Putrajaya 2.4% serta Sarawak pula 2.3%.
Walaupun kadar inflasi meningkat, IHP masih kekal positif pada bulan Julai, susulan kesan asas yang rendah dicatatkan pada tahun 2020. Lonjakan 2.3% ini telah disumbangkan oleh beberapa indeks.
Antaranya pengangkutan sekitar 11.6% – dicetuskan penetapan harga siling petrol RON95 kepada RM2.05 seliter sejak Mac lalu. Turut meningkat adalah indeks teras – yang disumbangkan meliputi semua barang dan perkhidmatan kecuali makanan segar yang mempunyai harga tidak menentu serta harga yang dikawal.