Artikel

Suruhanjaya Sekuriti Kemas-Kini Senarai Peringatan Pelabur – Ini 10 Firma Kewangan Mencurigakan

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kini telah mengeluarkan amaran kepada pelabur berhubung senarai tambahan portal, produk pelaburan, syarikat dan individu yang beroperasi tanpa lesen dan tidak dibenarkan.

Ini 10 firma kewangan – senarai baharu yang dikemas-kini;

  • Axia Capital Malaysia
  • Massive E-Trade
  • Assets Harvest
  • Bigboys Academy Sdn Bhd
  • Ultra Saham (Mohamad Firdaus bin Abdul Rahim)
  • Golden Trading
  • Samtrade FX
  • Classic 33 Trading
  • Al-Fazal/Al-Fazal Finance
  • Potensi Clone Entity-TA Investment.

Senarai tersebut merangkumi pihak yang menjalankan aktiviti tanpa lesen dari SC dalam menguruskan sekuriti dan derivatif, pengurusan dana, menasihati syarikat mengenai kewangan korporat, penasihat pelaburan, dan perancangan berhubung kewangan.

Kegiatan tersebut juga merangkumi urus niaga dalam skim persaraan swasta, pihak yang mengendalikan pasaran tanpa kebenaran, mengeluarkan atau menawarkan sekuriti tanpa kelulusan, kebenaran atau pengiktirafan dan penyalahgunaan logo SC.

Untuk makluman, Senarai ini dikemas kini secara berkala untuk rujukan pihak awam. Senarai tersebut boleh diperolehi pada pautan SC – https://www.sc.com.my/investor-alert.

Maka, untuk terus membendung gejala ini, orang ramai diminta memaklumkan kepada SC sekiranya mereka mendapati mana-mana aktiviti pasaran modal yang mencurigakan. Pertanyaan atau aduan boleh diajukan kepada SC di talian: +603 6204 8999 atau e-mel: [email protected].