Artikel

Prospek Jangka Pendek Ekonomi Malaysia Terus Alami Cabaran – DOSM

Melihat pada penurunan kadar pertumbuhan Indeks Pelopor (IP), situasi ini akan terus beri tekanan cabaran kepada prospek ekonomi jangka pendek Malaysia.

Kenyataan itu telah dikongsikan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini pada Penunjuk Ekonomi Malaysia Edisi Jun 2021.

Untuk makluman Indeks Pelopor (IP) adalah petunjuk hala tuju ekonomi negara dalam tempoh 4 bulan hingga 6 bulan ke hadapan. Berdasarkan dapatan, cabaran ini seiring dengan jangkaan dari agensi antarabangsa dan tempatan yang menyasarkan  prospek ekonomi Malaysia perlahan tahun ini, malah pertumbuhan juga menurun.

Setakat ini perubahan IP telah meningkat 0.5% pada Jun 2021 kepada 105.6 mata berbanding sebelum ini 105.1 mata. Antara yang mendorong pada peningkatan itu Import Benar Logam Asas Berharga & Logam Bukan Ferus Lain yang didorong oleh import logam berasaskan tembaga.

Bagaimanapun, IP menurun 2.8% bulan ke bulan, dicerminkan oleh penurunan dalam semua komponen IP terutamanya oleh Bilangan Unit Kediaman yang Diluluskan Pembinaan (-0.9%).

Meskipun, prospek negara berdepan situasi sedemikian – terdapat kesan positif pada ekosistem ekonomi negara dengan adanya pengenalan pelbagai rangsangan terhadap perniagaan. Ini memungkin pelan pemulihan negara dapat melepasi paras sukar dengan lebih pantas.