Selaku antara peneraju dalam mengeluarkan dan menyelenggara pesawat komersial, produk pertahanan serta sistem angkasa kepada lebih 150 buah negara -Boeing kini mula memperluaskan empayar mereka pada pasaran Asia Tenggara.
Pengeluar pesawat dari Amerika Syarikat (AS) tersebut kini memilih Vietnam dan Jakarta, Indonesia selaku destinasi penempatan pejabat baharu bagi pasaran Asia Tenggara. Tindakan ini secara langsung akan menyokong pertumbuhan entiti.
Berdasarkan laporan agensi Vietnam, penempatan pejabat baharu itu memberi petunjuk kepada sasaran peningkatan pertumbuhan dalam pesawat komersial, pertahanan dan perkhidmatan penyelenggaraan syarikat.
Perancangan itu tidak hanya menjana keuntungan bahkan meningkatkan pembangunan peluang pekerjaan pada pasaran Asia Tenggara. Adanya perluasan ini akan memberi kelebihan kepada Vietnam dan Indonesia dalam menerima kepakaran berhubung pembangunan pesawat.